Aku@Jiwang

Foto saya
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Aku hanya mampu membuat keputusan yang mana kau adalah pilihan aku, kau aku cintai dan aku janjikan sebuah kehidupan untuk kita berdua di masa mendatang. Lagi aku janjikan yang aku tidak akan berpaling dari bercinta denganmu, dan aku berjanji juga bahawa aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu walau apa sekalipun yang terjadi kerana kau amat aku kasihi.. Aku Berjaji.. Walaubagaimanapun janji2 ini bukan selalu menjadi. Selalulah meminta Darinya untuk dimakbulkan kerana hanya Dia sahaja yang mampu melunaskan segala kemahuan. Benarlah kita ini hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang akan menentukannya nanti.. CINTA PERLUKAN KESABARAN.

Ahad, 4 September 2011

Teringat

Bila sendirian aku teringatkan kekasih dulu,
Peneman setia dikala jiwa yang bercelaru,
Berkasihan dan setiap masa rindu merindu,
Bagaikan bercinta baru seminggu.

Mungkin jodoh aku dan dia tiada,
Maka aku dipisahkan juga,
walaupun hatiku tidak rela,
Apakan daya itu sudah ketentuannya.

Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Tuhan,
Siapalah kita hendak menahan,
Berbanyakkan doa teguhkan iman,
Kelak termakbul juga apa yang dihajatkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan