Aku@Jiwang

Foto saya
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Aku hanya mampu membuat keputusan yang mana kau adalah pilihan aku, kau aku cintai dan aku janjikan sebuah kehidupan untuk kita berdua di masa mendatang. Lagi aku janjikan yang aku tidak akan berpaling dari bercinta denganmu, dan aku berjanji juga bahawa aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu walau apa sekalipun yang terjadi kerana kau amat aku kasihi.. Aku Berjaji.. Walaubagaimanapun janji2 ini bukan selalu menjadi. Selalulah meminta Darinya untuk dimakbulkan kerana hanya Dia sahaja yang mampu melunaskan segala kemahuan. Benarlah kita ini hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang akan menentukannya nanti.. CINTA PERLUKAN KESABARAN.

Isnin, 5 September 2011

Percaya PadaKu

Kau yang cantik kau yang manja,
Kau yang selalu bertahta di jiwa,
Setiap detik kau kanku puja,
Tersenyum aku tika terleka.


Kau penawar duka dan lara,
Kaulah penawar mujarap anugerah yang Esa,
Bagaikan tunjang gapai bahagia,
Laksana dunia aku yang punya.


Kau dilahirkan untuk bersamaku,
setiap saat kau selalu ku rindu,
Jika tidak bertemu badanku mulai lesu,
Ibarat makan tak lalu walau sesudu.


Kau periang.. Kau suka berjenaka,
Penghibur hatiku setiap masa,
Bila saja ku dengar kau berseloka,
Aku bagaikan jatuh cinta kali kedua.


Beruntungnya aku kerana memilikimu,
Kau sangat penyayang terutama padaku,
Apa sahaja yang kau lakukan tak pernah belakangi aku,
Kejujuranmu itu benar-benar mengembirakan aku.


Aku berjanji padamu sayangku,
Bahawa aku hanya ada kamu,
Tiada dua tiga selain darimu,
Janjiku benar bukannya tipu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan