Aku@Jiwang

Foto saya
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Aku hanya mampu membuat keputusan yang mana kau adalah pilihan aku, kau aku cintai dan aku janjikan sebuah kehidupan untuk kita berdua di masa mendatang. Lagi aku janjikan yang aku tidak akan berpaling dari bercinta denganmu, dan aku berjanji juga bahawa aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu walau apa sekalipun yang terjadi kerana kau amat aku kasihi.. Aku Berjaji.. Walaubagaimanapun janji2 ini bukan selalu menjadi. Selalulah meminta Darinya untuk dimakbulkan kerana hanya Dia sahaja yang mampu melunaskan segala kemahuan. Benarlah kita ini hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang akan menentukannya nanti.. CINTA PERLUKAN KESABARAN.

Ahad, 18 September 2011

Pantun Jiwang 4 Kerat

Kain batik warnanya terang,
Lembut rasa bila dipegang,
Walau secantik mana kekasih orang,
Cantik lagi kekasihku tersayang.

Bunga melur daunnya gugur,
Sebabkan kumbang singgah berehat,
sebelum cinta mulai hancur,
Buatlah sesuatu sebelum terlambat.

Gunung tinggi mencecah awan,
Puncaknya sejuk tidak terkata,
Memang indah dunia percintaan,
Kalau tersilap langkah jiwakan merana.

Bila mata saling berpandangan,
Di hati mula terasa sayang,
Mandi tak basah tak lalu makan,
Teringat si dia wajah terbayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan