Aku suka lagu ni, time tak ada buat apa2 dengar je hilang masalah.
Aku@Jiwang
- akusukajiwang@asj
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Aku hanya mampu membuat keputusan yang mana kau adalah pilihan aku, kau aku cintai dan aku janjikan sebuah kehidupan untuk kita berdua di masa mendatang. Lagi aku janjikan yang aku tidak akan berpaling dari bercinta denganmu, dan aku berjanji juga bahawa aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu walau apa sekalipun yang terjadi kerana kau amat aku kasihi.. Aku Berjaji.. Walaubagaimanapun janji2 ini bukan selalu menjadi. Selalulah meminta Darinya untuk dimakbulkan kerana hanya Dia sahaja yang mampu melunaskan segala kemahuan. Benarlah kita ini hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang akan menentukannya nanti.. CINTA PERLUKAN KESABARAN.
Rabu, 9 Februari 2011
Isnin, 7 Februari 2011
Sengat Keli
Aku suka dengar lagu ni, tapi lagu ni ada maksud yg mungkin anda faham dan mungkin tidak. Korang perhati je lirik2 dia, pasti korang dapat tangkap apa yg dinyanyikan itu. Apa pun aku enjoi mendengarnya...
WOW - Engkau Tetap Satu
Engkaulah yang satu dalam hidupku..... Tanpa dirimu aku tak bisa meneruskan hidup kerana cintaku adalah sebati dengan cintamu. Kehilanganmu sekejap sudah cukup menggundahkan jiwaku apa lagi jika kau mahu meninggalkan aku terus, maka punahlah segala impian yang aku impikan iaitu hidup bahagia bersamamu. Aku mengharap cinta yang kita bina ini akan selamanya keras seakan batu digunung tinggi yang tak akan boleh pecah dengan mudah. Aku berjanji sayang yang aku akan mempertahankan percintaan kita ini hingga kepenghujung hayat kita. Kita juga pernah berjanji bahawa kita akan hidup bersama walau rintangan datang menempa. Kau juga pernah berjanji untuk bersama aku sehingga nyawa yang penghabisan. Dan aku percaya dengan kata-katamu itu sayang, kerana aku tahu kau memang kekasih yang paling setia yang pernah aku jumpa. Aku yakin kita akan dapat apa yang kita mahukan Insya'Allah. Sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan kita bersama. Jika jodoh kita bersama ia tetap akan kita peroleh... dan apa yang perlu kau tahu ialah hanya ENGKAU YANG SATU dalam hati ini.
JODOH
Ahad, 6 Februari 2011
SETIA
Aku tidak kisah jika kau ingin curang padaku. Cuma satu sahaja yang aku mahu, jangan hal itu sampai ke pengetahuan aku dan jika ia tetap berlaku percayalah hubungan yang kita bina selama ini adalah cinta buatanmu iaitu cinta syaitan. Dan kita tidak mungkin akan bersama lagi kerana kau bercinta berlandaskan nafsu bukan kerana hati yang suci. Bercintalah kerana Allah, kerana itu adalah cinta yang kekal....
DEMAM SELESEMA BURUNG
"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."
"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."
LUAHAN CINTA DARI LUKISAN
Jika suka katakanlah, jika ia sudah terlambat maka hancurlah harapan. Dari itu luahkanlah dengan seberapa segera agar sidia menjadi milik kamu. Lakukanlah dengan apa cara sekali pun untuk anda meluahkan cinta itu, tidak semestinya dengan kata-kata sahaja, ada banyak lagi cara-cara yang boleh kita gunakan. Jangan memandang rendah pada diri sendiri atau rasa diri kurang pandai dalam memikat. Tawan pasangan anda dengan apa yang anda ada dan jangan teruskan jika ia menyusahkan diri anda ( Jangan kerana DIA hidup kita hancur ). Bercintalah namun Berpadalah.....
Langgan:
Catatan (Atom)









