Aku@Jiwang

Foto saya
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Aku hanya mampu membuat keputusan yang mana kau adalah pilihan aku, kau aku cintai dan aku janjikan sebuah kehidupan untuk kita berdua di masa mendatang. Lagi aku janjikan yang aku tidak akan berpaling dari bercinta denganmu, dan aku berjanji juga bahawa aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu walau apa sekalipun yang terjadi kerana kau amat aku kasihi.. Aku Berjaji.. Walaubagaimanapun janji2 ini bukan selalu menjadi. Selalulah meminta Darinya untuk dimakbulkan kerana hanya Dia sahaja yang mampu melunaskan segala kemahuan. Benarlah kita ini hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang akan menentukannya nanti.. CINTA PERLUKAN KESABARAN.

Isnin, 7 Februari 2011

JODOH


Sudah banyak pengalaman yang mengajarku erti sabar dalam bercinta. hindarilah dari berfikir atau meramal yang tidak2, mengongkong pasangan kita supaya tidak curang,mengawasi pergerakannya dan mengugutnya dengan pelbagai ugutan. Semuanya untuk menjaga hubungan cinta. Usahlah berbuat begitu lagi kerana ia tidak mendatangkan kebaikan, malah boleh merosakan hubungan sahaja. Percaya pada jodoh itu lebih baik.. ingatlah jika Tuhan menetapkan dia sebagai  teman hidup kita, walaubagaimana halangan yang mendatang dia tetap akan menjadi milik kita, dan jangan dipaksa cinta itu menjadi milik kita, jika sudah tersurat ia tidak akan berlaku. Perlakukan cinta itu sebagai hamba kita bukan cinta yang menghambakan diri kita.. Jadilah manusia yang bijak mengawal cinta. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan