Aku@Jiwang

Foto saya
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Aku hanya mampu membuat keputusan yang mana kau adalah pilihan aku, kau aku cintai dan aku janjikan sebuah kehidupan untuk kita berdua di masa mendatang. Lagi aku janjikan yang aku tidak akan berpaling dari bercinta denganmu, dan aku berjanji juga bahawa aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu walau apa sekalipun yang terjadi kerana kau amat aku kasihi.. Aku Berjaji.. Walaubagaimanapun janji2 ini bukan selalu menjadi. Selalulah meminta Darinya untuk dimakbulkan kerana hanya Dia sahaja yang mampu melunaskan segala kemahuan. Benarlah kita ini hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang akan menentukannya nanti.. CINTA PERLUKAN KESABARAN.

Isnin, 7 Februari 2011

WOW - Engkau Tetap Satu



Engkaulah yang satu dalam hidupku..... Tanpa dirimu aku tak bisa meneruskan hidup kerana cintaku adalah sebati dengan cintamu. Kehilanganmu sekejap sudah cukup menggundahkan jiwaku apa lagi jika kau mahu meninggalkan aku terus, maka punahlah segala impian yang aku impikan iaitu hidup bahagia bersamamu. Aku mengharap cinta yang kita bina ini akan selamanya keras seakan batu digunung tinggi yang tak akan boleh pecah dengan mudah. Aku berjanji sayang yang aku akan mempertahankan percintaan kita ini hingga kepenghujung hayat kita. Kita juga pernah berjanji bahawa kita akan hidup bersama walau rintangan datang menempa. Kau juga pernah berjanji untuk bersama aku sehingga nyawa yang penghabisan. Dan aku percaya dengan kata-katamu itu sayang, kerana aku tahu kau memang kekasih yang paling setia yang pernah aku jumpa. Aku yakin kita akan dapat apa yang kita mahukan Insya'Allah. Sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan kita bersama. Jika jodoh kita bersama ia tetap akan kita peroleh... dan apa yang perlu kau tahu ialah hanya ENGKAU YANG SATU dalam hati ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan