Aku@Jiwang

Foto saya
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Aku hanya mampu membuat keputusan yang mana kau adalah pilihan aku, kau aku cintai dan aku janjikan sebuah kehidupan untuk kita berdua di masa mendatang. Lagi aku janjikan yang aku tidak akan berpaling dari bercinta denganmu, dan aku berjanji juga bahawa aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu walau apa sekalipun yang terjadi kerana kau amat aku kasihi.. Aku Berjaji.. Walaubagaimanapun janji2 ini bukan selalu menjadi. Selalulah meminta Darinya untuk dimakbulkan kerana hanya Dia sahaja yang mampu melunaskan segala kemahuan. Benarlah kita ini hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang akan menentukannya nanti.. CINTA PERLUKAN KESABARAN.

Sabtu, 26 Mei 2012

Usah Diharapkan Pujian

Jangan disebabkan aku jarang memujimu maka kau berfikir yang aku tidak pernah menghargai cinta kita selama ini.
usahlah kau terlalu mengharapkan puji-pujian dari insan tersayang, kerana itu bukanlah matlamat dalam bercinta.
pandanglah cinta itu dari sudut yang lebih luas dan matangkanlah dirimu dalam bercinta.

Selasa, 22 Mei 2012

sayang..

bukan niatku melemparkan amarah ini padamu
semestinya harus kau mengerti mengenaiku
keterbatasan sabar aku dalam mengendali diri aku
kau selalu mengapikan cerita yang lapok dulu
sedang berapa kali telah ku jawap padamu
perkara yang dulu bukan silapku
kecemburuanmu telah menutup kebenaran itu
dan aku berkehendakkan kau berfikir dulu
sebelum melaksanakan kata bicaramu
...
tidak pernah terlintas dalam diri ini
menduakan cinta mu insan yang paling dikasihi
dan berlaku perbalahan itu hanya mahu menguji
setakat mana kekuatan kasih di hati
usah dibimbangi jodoh akan pergi
kerana itu sudah suratan ilahi
apa yang penting adalah kekuatan diri
dalam menempuh badai yang berduri
dengan semangat tekat tanpa henti
insyaAllah Tuhan pasti akan memberkati..

jangan terlalu cemburu sayang..

Jiwang Subjek

 -••Sαyα tαk pandai dαlαm [ENGLISH] ,
Tapi sαyα boleh bαgitαhu dekat awk [I LOVE YOU] ..
••Sαyα tαk pandai dαlαm [GEOGRAFI] ,
Tαpi sαyα boleh tαhu αwαk tinggαl dαlαm [HATI] sαyα ..
••Sαyα tαk pandai dαlαm [SEJARAH] ,
... ... Tαpi sαyα [INGAT FIRST TIME] sαye kenαl αwαk ..
••Sαyα tαk pandai dαlαm [KIMIA] ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu [TINDAK BALAS] sαyα bilα αwαk senyum ..
••Sαyα [TIDAK HEBAT] dαlαm tiαp-2 subjek ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu αwαk yαng sαyα hebαt dαlαm semuα [SUBJEK] ,
jikα TOPIC nyer iαlαh AWAK ^^, ♥

Ahad, 6 Mei 2012

RENUNGAN ASJ


SELISIH FAHAM DALAM HUBUNGAN ITU ADALAH PERKARA BIASA BAGI PASANGAN YANG SEDANG BERCINTA. KADANGKALA IA JUGA MEMBANTU KE ARAH HUBUNGAN YANG LEBIH RAPAT SELEPAS BERBAIK BAIK KELAK.
*SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT INIKAN PULA PASANGAN YANG SEDANG BERKASIH SAYANG*. 



USAHLAH KAU MENYITAAINYA LAGI JIKA HATIMU SERINGKALI MENCURIGAI SIDIA. PERLAKUKANLAH CINTA ITU SEIRING DENGAN HATI YANG IKHLAS. CARILAH CINTAMU YANG SEBENAR YANG HATIMU INGINKAN.
*TIADA GUNANYA BERCINTA KALAU HATIMU TIDAK MERASA PUAS DAN SERING BERADA DALAM KETAKUTAN. TAHAP KEPERCAYAANMU KEPADA PASANGANMU SANGAT LEMAH. PERCAYALAH, KAMU TIDAK AKAN MERASA NIKMAT SEORANG PENCINTA YANG SEBENAR-BENARNYA. LAKUKANLAH SESUATU ATAU CARILAH PASANGANMU YANG KAU SENDIRI MERASAI KEBAIKANNYA*
( BELAJARLAH MEMPERCAYAI PASANGAN KERANA TIADA SIAPA YANG TIDAK PERNAH MEMBUAT SEBARANG KESILAPAN )