Aku@Jiwang

Foto saya
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Aku hanya mampu membuat keputusan yang mana kau adalah pilihan aku, kau aku cintai dan aku janjikan sebuah kehidupan untuk kita berdua di masa mendatang. Lagi aku janjikan yang aku tidak akan berpaling dari bercinta denganmu, dan aku berjanji juga bahawa aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu walau apa sekalipun yang terjadi kerana kau amat aku kasihi.. Aku Berjaji.. Walaubagaimanapun janji2 ini bukan selalu menjadi. Selalulah meminta Darinya untuk dimakbulkan kerana hanya Dia sahaja yang mampu melunaskan segala kemahuan. Benarlah kita ini hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang akan menentukannya nanti.. CINTA PERLUKAN KESABARAN.

Selasa, 22 Februari 2011

KITA DI PENGHUJUNG JALAN



SEBARKANLAH

‎:::Kita Di Penghujung Jalan::: oleh : Sazwan Sakri

 Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka. 1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar kata Rasulullah. 2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman. Benar atau tidak? Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman. 3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991. 4.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya. 5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates. 6.Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar – ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang. 7.Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi. Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman. Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah.. sumber :http://www.facebook.com/themen

Rabu, 9 Februari 2011

Isnin, 7 Februari 2011

Sengat Keli


Aku suka dengar lagu ni, tapi lagu ni ada maksud yg mungkin anda faham dan mungkin tidak. Korang perhati je lirik2 dia, pasti korang dapat tangkap apa yg dinyanyikan itu. Apa pun aku enjoi mendengarnya...

WOW - Engkau Tetap Satu



Engkaulah yang satu dalam hidupku..... Tanpa dirimu aku tak bisa meneruskan hidup kerana cintaku adalah sebati dengan cintamu. Kehilanganmu sekejap sudah cukup menggundahkan jiwaku apa lagi jika kau mahu meninggalkan aku terus, maka punahlah segala impian yang aku impikan iaitu hidup bahagia bersamamu. Aku mengharap cinta yang kita bina ini akan selamanya keras seakan batu digunung tinggi yang tak akan boleh pecah dengan mudah. Aku berjanji sayang yang aku akan mempertahankan percintaan kita ini hingga kepenghujung hayat kita. Kita juga pernah berjanji bahawa kita akan hidup bersama walau rintangan datang menempa. Kau juga pernah berjanji untuk bersama aku sehingga nyawa yang penghabisan. Dan aku percaya dengan kata-katamu itu sayang, kerana aku tahu kau memang kekasih yang paling setia yang pernah aku jumpa. Aku yakin kita akan dapat apa yang kita mahukan Insya'Allah. Sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan kita bersama. Jika jodoh kita bersama ia tetap akan kita peroleh... dan apa yang perlu kau tahu ialah hanya ENGKAU YANG SATU dalam hati ini.

JODOH


Sudah banyak pengalaman yang mengajarku erti sabar dalam bercinta. hindarilah dari berfikir atau meramal yang tidak2, mengongkong pasangan kita supaya tidak curang,mengawasi pergerakannya dan mengugutnya dengan pelbagai ugutan. Semuanya untuk menjaga hubungan cinta. Usahlah berbuat begitu lagi kerana ia tidak mendatangkan kebaikan, malah boleh merosakan hubungan sahaja. Percaya pada jodoh itu lebih baik.. ingatlah jika Tuhan menetapkan dia sebagai  teman hidup kita, walaubagaimana halangan yang mendatang dia tetap akan menjadi milik kita, dan jangan dipaksa cinta itu menjadi milik kita, jika sudah tersurat ia tidak akan berlaku. Perlakukan cinta itu sebagai hamba kita bukan cinta yang menghambakan diri kita.. Jadilah manusia yang bijak mengawal cinta. 

Ahad, 6 Februari 2011

SETIA




Aku tidak kisah jika kau ingin curang padaku. Cuma satu sahaja yang aku mahu, jangan hal itu sampai ke pengetahuan aku dan jika ia tetap berlaku percayalah hubungan yang kita bina selama ini adalah cinta buatanmu iaitu cinta syaitan. Dan kita tidak mungkin akan bersama lagi kerana kau bercinta berlandaskan nafsu bukan kerana hati yang suci. Bercintalah kerana Allah, kerana itu adalah cinta yang kekal....

DEMAM SELESEMA BURUNG



"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."
"Saya tahu,"jawab doktor.
"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."
"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.
"Dia telah mencium pembantu rumah kami."
"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."
"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."
"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."
"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."

"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

LUAHAN CINTA DARI LUKISAN

Jika suka katakanlah, jika ia sudah terlambat maka hancurlah harapan. Dari itu luahkanlah dengan seberapa segera agar sidia menjadi milik kamu. Lakukanlah dengan apa cara sekali pun untuk anda meluahkan cinta itu, tidak semestinya dengan kata-kata sahaja, ada banyak lagi cara-cara yang boleh kita gunakan. Jangan memandang rendah pada diri sendiri atau rasa diri kurang pandai dalam memikat. Tawan pasangan anda dengan apa yang anda ada dan jangan teruskan jika ia menyusahkan diri anda ( Jangan kerana DIA hidup kita hancur ). Bercintalah namun Berpadalah.....