SALAM..
Hai kawan-kawan.. Selamat Datang ke blog aku yang tak seberapa ini
(budak baru belajar da). Di bawah ini aku telah sediakan satu cerita kartun lawak untuk
tatapan korang (tah lawak ke tidak). So.. aku nak kongsi-kongsi la dengan korang,
kan kongsi-kongsi ni adalah perbuatan yang baik betul tak?. Jadi gambar tu aku
dah letak dekat bawah tu pandai-pandai la korang komen. Komen je semahunya
aku tak kesah janji korang puas (jangan kutok dah la huhuhuhu...). Ok selamat mengomen :-)
Di petang yang cerah, dua pemuda pergi ke hutan untuk memburu (nasib baik tak hujan). Sudah lama mereka berjalan tapi tidak mendapat hasil buruan lagi. Tapi mereka tidak berputus asa dan terus mencari mangsa untuk mereka bawa pulang (apa susah balik nanti beli kat kedai je).
Mereka berdua meneruskan perjalanan dengan meredah semak samun di hutan itu (baik-baik sikit ada ular kang). Mereka menggunakan sebilah parang untuk membuat laluan supaya senang untuk mereka berjalan. Disamping itu juga mereka memerhati sekeliling kawasan hutan untuk melihat jika ada haiwan berdekatan dengan mereka untuk dijadikan mangsa (ada balik pokok tu bang).
Mereka masih tidak dapat apa-apa hasil buruan lagi (kesian). Tetapi mereka tidak berputus asa dan terus mancari di setiap sudut hutan itu. Mereka terus berjalan dan terus berjalan (tak penat ke brade).
Apabila sampai di satu kawasan, mereka merasakan ada sesuatu berdekatan dengan mereka. Lama kelamaan semakin hampir dengan mereka (agak-agak apa ya). Salah seorang dari mereka ingin menembak saja benda yang sedang menghampiri mereka itu. Mungkin itu adalah rezeki untuk mereka petang itu.
Tanpa membuang masa pemuda itu telah melepaskan dua das tembakan dan tepat mengenai mangsa.
Mereka mengharapkan apa yang mereka tembak itu adalah seekor kijang atau kancil, tapi sebaliknya yang berlaku. Mereka telah tertembak sebuah kereta kancil yang kebetulan melalui jalan hutan itu (malang nasib ko). Dari saat itu dua pemuda itu tidak lagi pergi memburu disebabkan fobia dengan apa yang berlaku kepada mereka. Kalau hendak makan daging rusa pun mereka akan membelinya saja di kedai (hahaha).
Hahahaha... begitulah cerita yang aku nak sampaikan dekat korang. Aku harap korang terhibur dengan cerita aku ni (yang tidak seberapa ni) hehe. Jika ada kesempatan kita akan berjumpa lagi dengan cerita yang lain pula. Terima kasih kerana sudi melawat blog aku ini :-)
SALAM..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan