SALAM..
Hai kawan-kawan.. Selamat Datang ke blog aku yang tak seberapa ini
(budak baru belajar da). Di bawah ini aku ada lampirkan beberapa
gambar yang aku lukis dengan menggunakan laptop aku (promot nampak). Aku melukis
untuk hilangkan boring saja. Dari tak ada apa nak buat aku melukis je.
So.. aku nak kongsi-kongsi la dengan korang, kan kongsi-kongsi ni perbuatan
yang baik betul tak?. Jadi gambar tu aku dah letak dekat bawah tu pandai-pandai
la korang komen. Komen je semahunya aku tak kesah janji korang puas
(jangan kutok dah la huhuhuhu...). Ok selamat mengomen :-)
1
Yang ni aku lukis suasana waktu subuh (tah jadi ke tidak).
Ayam mula berkokok menandakan hari mulai cerah.
Time ni korang tengah best tidur lagi (tah solat ke tak).
Ya, begitulah lukisan pertama aku ni yang tidak seberapa la kan,
(merendah diri la pulak) sebab aku ni tengah belajar katakan.
Tema bagi gambar aku ni macam yang aku cakapkan tadi
tentang suasana subuh hari.
2
Gambar yang ni pulak aku lukis lepas aku tengok cerita pocong
keliling (movie indonesia) fuhh.. takut la jugak aku tengok cerita tu.
Bila dah dapat edia tu aku terus add pic ni. Dapat jugak hilangkan boring
aku ni. Tema kartun aku ni "seram tapi lucu". Korang tengok la sendiri
bukan main slamber brada ni nampak hantu pocong tu. Si hantu tu plak main
jeling-jeling saja ( takda mod kot). So.. berhati-hatilah korang jika
hendak keluar malam-malam, mana lah tahu ter.... hehe..
Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri..
3
Eemm.. yang ini pulak aku lukis pasal dua jiwa yang sedang berkasih sayang
di kawasan tanah tinggi (lupa pulak dekat mana). Di hadapan mereka kelihatan
berdiri megah binaan mewah di kota dan disertakan bulan purnama yang
amat cantik dipandang. Kalau lah aku di tempat macam ni dengan awek aku
mesti best hehe... tah tah aku demam esoknya sebab tak tahan sejuk (pulak).
So.. tema bagi gambar aku ni ialah, detik-detik indah sepasang kekasih
bermadu kasih di tanah tinggi.
4
Bila aku tengok gambar ni teringat pulak zaman budak-budak dulu.
Apa tidaknya, aku suka main panjat-panjat pokok ni. Sampai pokok
dah naik fed up dengan aku he he he.. (buat lawak pulak). Tapi kena ingat
beb!! panjat-panjat jugak, kalau korang tidak hati-hati bungkus la korang
(dikafankan la apa lagi). Tengok-tengok sikit anak-anak atau ahli keluarga
korang tu dari bahaya yang diorang tempah sendiri (padan muka).
So tema ganbar aku yang ni pulak mengenai pentingnya pengawasan
anda kepada setiap pergerakan anak-anak anda dalam apa jenis
perbuatan mereka. Bahaya ada dimana-mana. Cegah lebih baik dari
mengubati.
5
Gambar ni ada kena mengena dengan satu cerita lama
versi orang putih tu lah (aku pun tak ingat tajuk apa).
Ala pasal si puteri yang duduk di istana tinggi tu yang mempunyai
rambut yang sangat panjang (tak ada gunting kut time tu) dan amat
kuat pulak tu. Dia juga ada pakwe (bukan korang saja ada) tapi
ditentang keluarganya sendiri. So.. si puteri tu tidak boleh keluar dari
dari istana tersebut. Di pendekkan cerita, diorang ni date jugak tau
(rindu beb). mereka berjumpa atau berdating di istana itu juga tapi
pada waktu malam hari. Caranya si lelaki tu boleh memasuki istana
besar itu melalui jendela istana menggunakan rambut panjang puteri
itu (bersungguh betul). Begitulah setiap kali mereka hendak
berdating dan rambut itu juga menjadi alat bagi menjayakan misi
mereka tanpa diketahui oleh pihak istana mahu pun jais (hehe).
Temanya korang pikir-pikirlah sendiri aku penat lah asyik menaip
hehe..
Sekian saja bebelan aku besertakan gambar-gambar yang tidak sepertinya
ini. Ada masa aku postkan lagi tuk tuntunan korang. Jika ada silap kata dan bahasa
tu korang janganlah ambil hati (mudah sangat terasa) sebab setiap yang tersinggung itu
jika anda sabar banyak hikmahnya. terima kasih diucapkan kerana sudi meluang masa
bersama saya kali ini. sehingga kita berjumpa lagi di lain posting. SALAM..