Aku@Jiwang

Foto saya
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Aku hanya mampu membuat keputusan yang mana kau adalah pilihan aku, kau aku cintai dan aku janjikan sebuah kehidupan untuk kita berdua di masa mendatang. Lagi aku janjikan yang aku tidak akan berpaling dari bercinta denganmu, dan aku berjanji juga bahawa aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu walau apa sekalipun yang terjadi kerana kau amat aku kasihi.. Aku Berjaji.. Walaubagaimanapun janji2 ini bukan selalu menjadi. Selalulah meminta Darinya untuk dimakbulkan kerana hanya Dia sahaja yang mampu melunaskan segala kemahuan. Benarlah kita ini hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang akan menentukannya nanti.. CINTA PERLUKAN KESABARAN.

Jumaat, 4 Mac 2011

RAHSIA





Amarahmu dapatku rasai dengan melihat perubahan sikapmu. Kebiasaan dirimu tak selalu begitu, tapi kali ini semacam ada sesuatu yang mengganggu emosimu. Berkatalah padaku sebarang gangguan yang kamu selindungkan agar aku dapat meringankannya untukmu. Tak perlu malu, cakaplah berterus terang padaku. Kan bagus jika dalam hubungan itu tiada rahsia yang tersembunyi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan